main

Muhasabah

Panduan Mengenali Lelaki Baik – Dr. HM Tuah Iskandar

November 7, 2008 — by NeoTech14

Lelaki jujur tidak gemar kalau dia dicurigai. Dia juga tidak suka dikatakan sedang menyembunyikan sesuatu. Lelaki jujur biasanya cemerlang dalampelajaran ataupun pekerjaan. Dia tidak punya masa untuk bermain sembunyi-sembunyi. Dia suka berterus terang dan dia mahu orang mempercayai kata-katanya. Kalau dia dicurigai dia boleh berasa amat kecewa danboleh bertindak bodoh.

Misalnya, seorang suami yang memang tiada apa-apa skandal di luar, jika isterinya tidak habis-habis melemparkan kata-kata curiga, dia boleh bertindakbetul seperti apa yang dikatakan oleh isterinya itu. Aku jujur pun isteri aku kata aku tak jujur. Baiklah aku tak payah jujur. Dikhuatiri kata-kata begini mula terdapat di dalam hatinya. Dia mungkin tidak bertindak songsang pada waktu terdekat, tetapi apabila titik hitam mula terbentuk di hatinya lambat laun, ia mungkin terjadi.

Begitu juga seorang lelaki jujur dalam kategori tunang ataupun teman. Orang jujur memang tidak patut dicurigai. Sebenarnya bukan orang jujur saja, siapapun tidak suka jika dia dikatakan tidak baik, meskipun dia memang tidak baik. Jadi, cuba bayangkan perasaan seorang yang baik tetapi asyik dicurigai.

Persoalannya bagaimanakah hendak mengenali lelaki baik? Memang sukar namun kita perlu berpegang pada satu-satu prinsip untuk dijadikan panduan. Kita boleh kata tak semestinya begitu dan tak semestinya begini, tapi jika kita terus berkata begitu, kita tidak akan mencapai kesudahan. Kita akan menjadi seorang jurutikai dan tiba-tiba tanpa kita sedar dia sudah pun meninggalkan kita kerana tidak tahan dengan kerenah kita.
Oleh itu, jadikan apa yang akan saya paparkan di bawah ini sebagai panduan saja. Tidak semestinya betul, harus salah. Lelaki itu jujur jika:

1. Dia seorang yang cemerlang dalam usaha yang dilakukannya. Tidak semestinya betul tetapi kita boleh berpegang lelaki yang sibuk membina kecemerlangan diri memang tidak sempat untuk membina cinta-cinta palsu.Mana mungkin seorang yang sibuk menguruskan perniagaan ataupun tekun melakukan kerjanya ataupun seorang pelajar yang sibuk menelaah ada masa untuk mempermainkan wanita.

2. Dia seorang yang kuat pengamalan agamanya. Tidak semestinya betul sebab orang yang kuat beribadah pun tidak terlepas daripada godaan syaitan, malah semakin besar serbannya semakin besar pula syaitannya. Namun, tentulah lebih ramai yang sempurna hasil kuat peribadahan agamanya berbanding yang ambil tidak peduli dengan agamanya.

3. Dia seorang yang amat mengambil berat tentang keluarganya. Seorang lelaki yang baik pasti seorang yang amat disenangi oleh seluruh ahli keluarganya.Tumpuannya pada kerjaya, keluarga dan TUHAN.

Gabungan ketiga-tiga aspek ini menjadikan seseorang lelaki itu sempurna. Dia sudah tentu tidak punya masa untuk menjalin hubungan-hubungan luar biasa sebab kesibukannya bersama kerjaya, keluarga dan TUHAN.

Kerjaya menjadikannya seorang yang sibuk untuk mengejar matlamat, keluarga sandarannya untuk menjadi seorang penyayang dan bertanggungjawab. TUHAN pula menjadi pengharapannya demi kehidupan yang lebih baik dan sempurna serta kekal abadi. Apakah anda fikir seorang lelaki yang mempunyai tiga aspek begini masih patut dicurigai?

Ramai suri rumah akhirnya ditinggalkan kerana terlalu prasangka, menyangka yang bukan-bukan serta merangsang suami dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas. Nasihat saya, berilah kepercayaan padu kepada suami anda selagi belum terbukti sesuatu. Selagi ia berlegar dalam pemikiran ia tidak perlu dilayan.

Selamat membina perhubungan intim dan jadilah orang yang ceria serta bahagia sepanjang hidup kita. Saling mempercayai lebih bagus daripada saling mencurigai.

14 comments

  • liena elina

    April 6, 2009 at 10:55 am

    mudah2an…llki kt dnia nie…sumenye llki yg salleh dan sjti…insyaallah….

    Reply

  • NOra Yusmiza

    June 10, 2009 at 11:29 am

    InsyaAllah..Mudah-mudahan suatu hari nanti kita dipertemukan lelaki jujur dan soleh seperti di atas.moga impian jadi kenyataan..amin Ya Rabb

    Reply

  • lela

    November 27, 2009 at 8:34 am

    iia yg anda ktahui tntang lki” tu memang bnr skali dan saya suka dngn pndpt na.

    Reply

  • fizah

    December 17, 2009 at 1:19 pm

    saya telah mempraktikkan saranan yg di rasakan perlu drpd nasihat dr. dan hasilnya saya sangat bahagia dlm perkahwinan. dan saya akan sentiasa berusaha demi kebahagiaan rumah tgga kami..

    Reply

  • kekwa

    January 12, 2010 at 10:10 pm

    sblm ni mmg saya sentiasa bersangka baik dgn suami…kesibukan die dgn kerja…call saya setiap hari…tapi sms yang saya jumpa dlm hp die betul2 mengecewakan saya…dlm sibuk2 tu masih lagi sempat berkenalan dgn perempuan lain…bile ditanya bermati-matian die kate x kenal sesiapa….selamber jer die tipu saya…sedangkan sms tu bertanya bile suami saya nak call die…dan nombor hp perempuan tu tertera mase die call suami tapi suami boleh kate bos die dr us call…

    sampai ke ari ni perasaan sayang dan percaya pada die rasenya semakin luntur..tapi die selamber jer cakap lupekan …cukup2lah cakap pasal tu…senang nyer…kalo ikutkan hati mmg saya x nak da jadi isteri die lagi…itu adalah kali kedua saya jumpe sms dr perempuan secara x sengaja….x guna kalo sentiasa bersangka buruk padanya…ade nasihat tak utk saya…

    Reply

  • lisa

    March 11, 2010 at 11:28 am

    saya harap 1 hari nanti sy ak berjumpa dng lelaki baik,iklas,jujur dan setia…..selama ini saya x pernah curiga, tp akhirnya org saya sayangi menikahi perempuan lain dan saya org terakhir dapat tahu..3kali berturut2 saya disayangi+dicintai tp lelaki tp akhirnya mereka nikahi org lain…rasa dipermainkan dan ditipu…
    sedih sgt..dan kini tidak ada lagi kepercayaan untk manusia bernama lelaki…..

    Reply

  • kek bunga kekwa

    August 26, 2010 at 12:13 am

    puan kekwa masih tercari2 jawapan disini kah?

    Reply

  • Balqis

    January 22, 2011 at 5:43 pm

    Salam sejahtera,

    Saya ingin meminta satu pandangan semua, saya berkenalan dengan seorang lelaki dan saya tahu lelaki ini sudah beristeri dan mempunyai anak. Saya sedar perhubungan kami lebih dari kawan biasa.Cuma kami tidak pernah melakukan perkara yang menyalahi hukum agama seperti berzina dan sebagainya. Saya tahu dia menyayangi isteri dan anak-anaknya kerana dia sering menceritakan tentang keluarganya pada saya. Adakah saya patut meninggalkan nya atau meneruskan perhubungan ini? Adakah dia di ketegorikan sebagai lelaki baik. Bantulah saya untuk mencari jawapan yang pasti?

    Reply

  • ana_azman

    March 30, 2011 at 10:35 am

    alhamdulillah…saya dapat lelaki yg ada ciri2 spt d atas…

    Reply

  • nurkasih

    May 3, 2011 at 11:59 pm

    saya sedang dilema…..dilema dengan banyak perkara, salah satunya..ttg adik ipar saya yang tinggal serumah dengan kami sekeluarga sejak 2 tahun lalu…dia telah berkeluarga tetapi isteri dan anak-anaknya tinggal di negeri hujung selatan sana…kami di KL…adik ipar saya tidak dapat bawa bersama keluarganya ke KL kerana isterinya tidak mahu berpindah ke KL..setiap hari saya makan hati kerana suami saya seolah-olah tidak perasan dengan ketidakselesaan saya apabila adik ipar ada di rumah….saya rasa sangat tidak selesa…rumah sendiri terasa macam menumpang di rumah orang lain..kalau adik ipar balik dari kerja saya akan masuk ke bilik, kerana tak tahan nak bertudung 24 jam eventhough kat dalam rumah sendiri..rasa tak bebas di rumah sendiri….jadi apa pendapat kalian, apa harus saya buat, kalau saya suarakan ketidakselesaan saya ini pasti suami akan terasa hati kerana adiknya sendiri….dan saya tahu suami akan memihak kepada adiknya….bagaimana harus saya tangani maslah ini agar semua pihak tidak terasa hati? tolonglah saya…

    Reply

  • SHARAZ

    June 27, 2011 at 4:53 am

    mencari yang betul-betul baik tidak semestinya sempurna dari segala aspek…..seperti juga saya…sudah penat untuk memceritakan pasal cinta kerana hati akan disakiti lagi…kini yang pasti biarlah dia yang menyayangi diri saya dan bukan sebaliknya lagi,,,

    Reply

  • siti yulaiha

    June 30, 2011 at 8:46 am

    saya sedang berkawan ngan org yg ciri2 dr tuah ulaskan ..memang btl apa saya rasa dia ciri2 lelaki yg baik,smoga ALLAH pertemukan jodoh dgn dia.amin!

    Reply

  • YIN

    August 28, 2011 at 6:28 pm

    sy telah mengenali pelbagai lelaki & akhirnye bertemu dgn soarg hamba Allah yg sy ase layak utk menjadi calon suami. tp segala2nye da usha tp tetap tdk kesampaian.& skrg terpakse memutuskan hubungan atas sb tertentu..n smpi tahap kecewa..

    Reply

  • Sally Yana

    November 17, 2011 at 11:29 pm

    Klau da jmpa org y btl2 jjur sygkan kte,.lbh bek kte mnerimanye drpada kte mnggu orag yang kte syangi,. doakan semoga sy dan tunag sy saling mempercayai slpas berkahwin kelak dan untuk selamanya,.amin,.,

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *